Friday, July 21, 2017

Temporary Break


Busy with internship for 20 weeks (from March - July 2017)

Wednesday, May 24, 2017

Thailand Travel Blog: 9D8N Bangkok 2017


Itinerari di Bangkok selama 8 hari dan Pattaya 1 hari

Sunday, April 23, 2017

Thailand Travel Blog: Stay Connected With Travel Recommends

Hello,

Zaman sekarang zaman teknologi jadi semua orang mesti ada sosial media (SNS) seperti Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Lagi-lagi kalau pergi melancong mesti semua hendak upload gambar korang dekat tempat yang korang pergi dan update status kan? Lepas tu nak guna maps dan search information dekat Google lagi. Tanpa internet/wifi tidak dapatlah buat semua benda tu. 

Kini dengan menggunakan Wifi Router semua itu dapat digunakan tanpa masalah. Tidak perlu beli simkad negara itu pun tidak mengapa kalau tidak memerlukan quota panggilan dan sms. Hendak sewa wifi router pun senang dah sekarang, hanya memerlukan pengguna booking secara online beberapa bulan/minggu sebelum. Boleh buat booking di rumah dan dimana-mana sahaja

Bulan Februari 2017, saya pergi ke Bangkok selama 9 hari dan hanya menggunakan wifi router untuk online semua tu, ada juga beli simkad untuk kegunaan membuat panggilan. Untuk simkad nanti cerita dekat entri lain sebab saya dapat beli simkad dengan harga yang murah. Berbalik kepada wifi router, booking dekat Travel Recommends sebab harga dia murah dan berpatutan. Hanya buat online booking dekat laman web dia sahaja, bayar menggunakan online banking/credit card dan selesai.


Travel Recommends

Travel Recommends offers Overseas WiFi Router rental and Overseas Pre-paid SIM cards to outbound travellers of Malaysia while abroad for leisure or business. Travel Recommends ensures that our customers always receive excellent internet connection during their time abroad.
Travel Recommends was established as a Wifi Rental concept to offer connectivity to travelers departing from Malaysia. Our brand 'Travel Recommends' aims to offer our visitors exclusive deals for the best experiences in Malaysia.

1. Hanya untuk dari Malaysia sahaja
2. Negara yang ditawarkan :
    - Singapore, Taiwan, Hong Kong, Japan, China, South Korea, Australia, USA, Canada, Europe,              Thailand, Vietnam, Cambodia, Macau, India, Indonesia
3. Pakej yang ditawarkan :
     - Asia Package, Worldwide
4. Self Pickup : KLIA, KLIA 2, Penang Airport
5. Courier Delivery : Wifi router dihantar dirumah dan diambil dari rumah. Caj dikenakan.
6. Deposit : RM200 (REFUNDABLE, akan dipulangkan selepas pemulangan wifi router dalam keadaan baik)
7. Insurans : RM30 (kalau apa-apa jadi tak payah bayar denda)
8. Powerbank : RM6/day
9. Hari penggunaan start hari kita berlepas dari Malaysia dan tamat pada hari kita mendarat di Malaysia.
10. Kongsi seramai 5 orang untuk satu wifi router
11. Selepas 24 jam, kena ON balik roaming untuk guna data (INI PENTING)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan harga dan lain-lain bolehlah tengok di website Travel Recommends



Apa yang saya bayar untuk 9 hari penggunaan?

Negara : Thailand
Harga : RM19/day x 9 hari = RM171
Deposit : RM200
Insurans : RM30
Powerbank : TAK AMBIL
Pickup : KLIA 2
TOTAL = RM401 

Buat booking 2 minggu sebelum secara online dan bayar online.
Selepas booking dah dibuat, anda akan dapat resit dan beserta nombor booking anda. Nanti masa nak pick up tunjuk je resit tu dekat kaunter. Tak payah print pun tak pe, tunjuk dekat email yang anda dapat pun boleh.

Dekat mana nak ambil di KLIA 2?

Travel Recommends Booth at KLIA 2 - Level 2
Gateway@KLIA2, Arrival Hall Level 2, L2-73A, inside Tune Store (open 24 hours)


Pickup/Return


- Tunjuk resit di email dan anda akan dapat pouch berisi wifi router, usb, dan travel adapater untuk caj dan powerbank (kalau ada sewa powerbank).

- Masa return pula, hanya masukkan pouch dalam kotak yang disediakan dekat kaunter. Tunggu email penerimaan daripada Travel Recommend dan email pemulangan duit deposit (selepas 7 hari bekerja).

Barang-barang yang ada, akan dapat

Wi-fi router, Device holder pouch, Charging cable, Travel adapter

User Guide

Fair Usage Policy (FUP) & Fair Data Usage

For reserve/book wifi

You can click here - Travel Recommends

Saturday, March 4, 2017

Bangkok Haul 2017


Selepas beberapa minggu balik dari Bangkok baru update blog. This is so me.
Kali ini pergi Bangkok untuk kali kedua sebab nak jalan-jalan. Tak beli banyak sangat barang. Yang banyak tu sebab kawan yang kirim.

Jadi inilah hasil-hasil daripada membeli-belah yang tak sangat membeli-belah. Antara tempat membeli barang ialah Asiatique The Riverfront, Chatuchak Weekend Market, Pratunam Night Market, dan Miniso at Mega Bangna Shopping Mall.

1) Asiatique The Riverfront

Phutawan

Kedai dia dekat Asiatique ada 3 tempat, Kios KK28 Near Warehouse1, Warehouse 4 soi 4, dan Warehouse 2 soi 9.


phutawan Coconut Oil 100%
Saiz : 50ml
Harga : Tak ingat (akan diupdate)


Kegunaan dia boleh dibuat makan, sapu sebagai lotion dekat anggota badan, juga sebagai pelembap muka untuk kulit muka kering dan minyak rambut.

Selain kedai fizikal, ada juga online shop di link ini : Phutawanshop

2) Chatuchak Weekend Market

Baju

Beli banyak dapat tawar menawar dan dapat harga murah. Satu keluarga 5 orang jadi 5 helai beli. Berat dia berat la juga. Baju yang lain dah kasi dekat tuan dia jadi satu je la tinggal.


Mangkuk Tingkat

Range harga untuk 3-tier dan 4-tier antara 230-370 baht. Tanya yang 3-tier dengan 4-tier je sebab survey yang tu je. Harga mungkin lain mengikut jenis dan berapa tingkat.


Location : (akan diupdate)

Teh Thai

Teh thai wajib kena beli, teh dia sedap giler. Lagi-lagi beli dekat kedai perghhh pekat. Boleh ketagih.

Merah & Hijau = 100 baht.

>
Sumber gambar : Google Images

3) Pratunam Night Market

Stokin

5 helai = 100 baht


Cenderamata

Beli satu set fridge magnet je guna duit yang ada lebih. 

1 set = 100 baht

4) Miniso, Mega Bagna Shopping Mall

Mula-mula pergi Asiatique ternampak ada Miniso dekat sana, masuk-masuk kedai dia banyak giler bahagian lebih banyak daripada Miniso dekat Malaysia. Stokin lawa, seamless underwear macam dekat Uniqlo pun murah, sport bra pun ada dan macam-macam lagi. 

Disebabkan nak pergi Asiatique jauh la juga lepas tu kena naik bot, tanya cashier dia outlet Miniso dekat mana lagi. Nasib baik cashier dia peramah siap borak-borak lagi walaupun English dia tak pandai sangat. Memula dia cakap dekat "Maga Bagna" masa tu dalam otak dah dapat tangkap mesti "Mega Bagna" dia cuba nak sampaikan, yang adik terpinga-pinga tak faham. Hahaha. 

Cashier perempuan tu siap bagitahu dia asal dari Pattaya lepas tu tanya dari mana duduk kat sini dekat mana. Teringat peristiwa masa mula-mula datang Bangkok untuk pergi konsert tu. Tanya pekerja kedai emas dekat Muang Thong Thani nombor bas nak pergi BTS. Walaupun tak reti English pekerja tu dia tolong sampailah habis siap telefon kawan dia pakai telefon dia sendiri lagi. 

Berbalik kepada Miniso, kalau pergi Bangkok singgahlah Miniso. Best. 

Outlet (yang saya tahu) : Asiatique The Riverfront dan Mega Bagna Shpping Mall
Lain-lain tempat di Thailand boleh search sendiri dekat Google atau Facebook 'Miniso Thailand'.

Stokin = 69 baht
*Stokin kanak-kanak, dewasa = 69-99 baht*

Underwear = 99 baht

Sport bra = 199 baht

Extra

EST Cola

Untuk peminat GOT7 bolehlah beli air EST Cola botol besar ni. Dekat mana-mana supermarket dan kedai ada jual. 
Botol besar = 32 baht


That's all. 
Entri yang lain akan dipos jika ada masa lapang. 
Bye.