Perbelanjaan di Korea 2014.

3:35:00 PM

Disebabkan ramai yang tanya pergi Korea dengan apa? Berapa jumlah duit habis? Berapa hari pergi sana? Baru perasan tak pernah buat pun pasal perbelanjaan dekat sana pun walaupun sudah setahun yang lepas.

Korea (27 April - 4 May 2014)

Tukaran mata wang : 1,000 won = RM 3.20.

Segala booking dibuat oleh ayah kawan yang ikut sekali. Pergi sendiri berdikari sendiri tanpa menggunakan travel agency. Lagi jimat dan bebas untuk buat apa sahaja.


Tiket flight

  • Airaisa (KL -> Incheon, Busan -> KL) include baggage = RM600++


Tempat tinggal
1) Seoul

  • Hostel KW Pencil, Hongdae (27-29 April 2014 / 3N) 
  • Go Korea Guesthouse, Dongdaemun (30 April - 1 May 2014 / 2N) 
2) Busan
  • Tak ingat nama (2 May - 3 May 2014 / 2N)


Pengangkutan di Korea
1) Teksi :

  • dari airport ke guesthouse Hongdae
  • dari stesen subway Gapyeong ke tempat nak naik bot ke Nami Island (pergi & balik)
  • dari Hongdae ke guesthouse Dongdaemun
  • dari Dongdaemun ke Terminal Bus Express Seoul
  • dari stesen subway dkt Busan ke tempat tinggal di Busan sbb sesat dan salah turun.
2) Subway :
  • kebanyakkannya banyak menggunakan subway apabila berjalan di Seoul dan Busan, sampai boleh hafal dah lane subway yang selalu naik di Seoul.
3) Bus 
  • dari Terminal Bus Express Seoul ke stesen bas di Busan.
Makan di Korea
  • Sekali sahaja pernah makan di restoran dekat Murree Muslim Food, Itaewon.
  • Makan makanan dekat tepi-tepi masa jalan-jalan
  • Selebihnya, mak kawan yang ikut sekali tu bawakan makanan dalam tin masak selama berada di sana.
  • Beli mineral water, telur ayam semuanya dekat convenient store.
Shopping
  • Banyak juga cenderamata bawa balik seperti T-shirt, keychain
  • Barang kecantikan untuk muka
  • etc
  • Picture seperti DI SINI
Kesimpulannya
  • Tiket flight tidak termasuk sekali sebab tiket flight beli beberapa bulan awal sebelum pergi masa route ke Busan pertama kali dibuka
  • Tukar duit sebanyak RM 2,000 ke Won dapat dalam 625,000 Won
  • 625,000 won tu digunakan untuk bayar guesthouse, tambang kenderaan dekat Korea, makan, shopping, masuk Lotte World, topup kad T-Money, pergi dan lain-lain.

You Might Also Like

0 comments

Facebook