MY HAIR CARE ROUTINE & PRODUCTS (2016)

10:00:00 AM


Hi,

Entry kali ini pasal my haircare routine. Rambut asal wavy, tebal, dan struktur rambut pun tebal. Kalau potong rambut paras bahu memang kembang giler lepas tu ada frizzy hair. Sekarang rambut dah buat relaxing sebab nak hilangkan frizzy. Rambut jadi straight kuranglah sikit kembang dia.

Sebelum ni masa sekolah pernah cuba macam-macam syampu seperti Pantene, Rejoice, Head & Shoulder. Yang ni semua rambut jadi keras dan kembang giler. Sunsilk pula buat kulit kepala ada kelemumur. Schwarzkopf, Herbal Essences dan beberapa jenis L'oreal okay je tapi tetap suka Dove Damage Solution. Hahahaha.

Condition : Kulit kepala berminyak, rambut kering.

1) Cuci rambut setiap 2-3 hari, tengok keadaan rambut. Kalau duduk rumah je tak pergi mana-mana kulit kepala tak berminyak sangat kadang-kadang lepas 4 hari baru cuci. Masa mandi tak basahkan rambut kecuali masa cuci rambut. Akan cuci rambut waktu malam sebelum tidur.

2) Sikat rambut masa rambut kering sebelum syampu rambut.

3) Syampu. Dari 2011 guna Dove Damage Solution, lepas tu masa degree 2015 tukar ke Tsubaki Damage Care sebab rambut cepat berminyak guna Dove. Sekarang tukar balik ke Dove Damage Solution.


4) Conditioner. Guna Conditioner Tsubaki Damage Care sebab nak habiskan sebelum guna Conditioner Dove Damage Solution.


5a) Hair Mask - C.Michael Stem Cell Intensive Treatment Masque. Guna seminggu sekali. Kalau rajin sebab kena tunggu 15 minit baru boleh basuh.





5b) Hair Treatment dari Number76 sebab buat UltraSonic Iron Hair Treatment. Selepas buat UltraSonic ini dapat satu paket yang ada 4 tube hair treatment untuk setiap seminggu sekali sampai habis. Kalau selepas buat treatment ni, berhenti guna sekejap hair mask kat atas ni dan akan guna hair treatment ni sampai habis.




6) Ellips Hair Mask Frizzy Tamer. Akan guna hair mask ni kalau ada frizzy banyak dekat atas kepala sebab rambut asal dah keluar. Satu paket boleh guna dua kali.




7) Hair Oil - L'oreal Elseve Extraordinary Oil (Dry Hair) dan L'oreal Elseve Extraordinary Oil (All Hair Types). Akan guna sebelum blow dry rambut guna hair dryer dan masa rambut rasa kering.




Mula-mula cuba yang All Hair Types sebab botol dia kecik, pekat sikit daripada yang untuk Dry Hair.

8) Blow dry guna hair dryer. Tahu kalau guna hair dryer nanti rambut cepat bercabang dan kering tapi guna pun masa keringkan rambut lepas syampu je. Kalau biar air dry, lambat sangat nak kering sebab rambut tebal sangat nanti yang bahagian luar dah kering bahagian dalam pula lembap je tak kering lagi. Nanti rambut jadi frizzy dan susah nak rapikan rambut buatlah macam mana pun tetap mcm tu. 

9) Sikat rambut sebelum tidur dan waktu pagi. Tundukkan kepala dan sikat rambut lawan arah dari kebiasaan, ini untuk waktu malam sebelum tidur. Kadang-kadang tak sikat rambut satu hari. Bila rasa nak sikat takpun ternampak sikat baru sikat, dan nak keluar rumah atau pergi kelas baru sikat. Mungkin sebab tu kot minyak kat kulit kepala tu tak kena dekat rambut dekat hujung-hujung.


Oh lagi satu, apabila ada duit lebih baru buat hair treatment bukannya pergi buat sebulan sekali. Masa rasa nak buat hair treatment dekat salon baru buat, sama juga macam potong rambut. Kalau trim fringe/bang pun 2-3 bulan sekali bila rasa dah panjang tutup mata. Sebab dah ada member card Number76 dapat trim fringe percuma je.


You Might Also Like

1 comments

Facebook