Bangkok Haul 2017

10:00:00 AM


Selepas beberapa minggu balik dari Bangkok baru update blog. This is so me.
Kali ini pergi Bangkok untuk kali kedua sebab nak jalan-jalan. Tak beli banyak sangat barang. Yang banyak tu sebab kawan yang kirim.

Jadi inilah hasil-hasil daripada membeli-belah yang tak sangat membeli-belah. Antara tempat membeli barang ialah Asiatique The Riverfront, Chatuchak Weekend Market, Pratunam Night Market, dan Miniso at Mega Bangna Shopping Mall.

1) Asiatique The Riverfront

Phutawan

Kedai dia dekat Asiatique ada 3 tempat, Kios KK28 Near Warehouse1, Warehouse 4 soi 4, dan Warehouse 2 soi 9.


phutawan Coconut Oil 100%
Saiz : 50ml
Harga : 60 baht


Kegunaan dia boleh dibuat makan, sapu sebagai lotion dekat anggota badan, juga sebagai pelembap muka untuk kulit muka kering dan minyak rambut.

Selain kedai fizikal, ada juga online shop di link ini : Phutawanshop

2) Chatuchak Weekend Market

Baju

Beli banyak dapat tawar menawar dan dapat harga murah. Satu keluarga 5 orang jadi 5 helai beli. Berat dia berat la juga. Baju yang lain dah kasi dekat tuan dia jadi satu je la tinggal.


Mangkuk Tingkat

Range harga untuk 3-tier dan 4-tier antara 230-370 baht. Tanya yang 3-tier dengan 4-tier je sebab survey yang tu je. Harga mungkin lain mengikut jenis dan berapa tingkat.


Location : (akan diupdate)

Teh Thai

Teh thai wajib kena beli, teh dia sedap giler. Lagi-lagi beli dekat kedai perghhh pekat. Boleh ketagih.

Merah & Hijau = 100 baht.

>
Sumber gambar : Google Images

3) Pratunam Night Market

Stokin

5 helai = 100 baht


Cenderamata

Beli satu set fridge magnet je guna duit yang ada lebih. 

1 set = 100 baht

4) Miniso, Mega Bagna Shopping Mall

Mula-mula pergi Asiatique ternampak ada Miniso dekat sana, masuk-masuk kedai dia banyak giler bahagian lebih banyak daripada Miniso dekat Malaysia. Stokin lawa, seamless underwear macam dekat Uniqlo pun murah, sport bra pun ada dan macam-macam lagi. 

Disebabkan nak pergi Asiatique jauh la juga lepas tu kena naik bot, tanya cashier dia outlet Miniso dekat mana lagi. Nasib baik cashier dia peramah siap borak-borak lagi walaupun English dia tak pandai sangat. Memula dia cakap dekat "Maga Bagna" masa tu dalam otak dah dapat tangkap mesti "Mega Bagna" dia cuba nak sampaikan, yang adik terpinga-pinga tak faham. Hahaha. 

Cashier perempuan tu siap bagitahu dia asal dari Pattaya lepas tu tanya dari mana duduk kat sini dekat mana. Teringat peristiwa masa mula-mula datang Bangkok untuk pergi konsert tu. Tanya pekerja kedai emas dekat Muang Thong Thani nombor bas nak pergi BTS. Walaupun tak reti English pekerja tu dia tolong sampailah habis siap telefon kawan dia pakai telefon dia sendiri lagi. 

Berbalik kepada Miniso, kalau pergi Bangkok singgahlah Miniso. Best. 

Outlet (yang saya tahu) : Asiatique The Riverfront dan Mega Bagna Shpping Mall
Lain-lain tempat di Thailand boleh search sendiri dekat Google atau Facebook 'Miniso Thailand'.

Stokin = 69 baht
*Stokin kanak-kanak, dewasa = 69-99 baht*

Underwear = 99 baht

Sport bra = 199 baht

Extra

EST Cola

Untuk peminat GOT7 bolehlah beli air EST Cola botol besar ni. Dekat mana-mana supermarket dan kedai ada jual. 
Botol besar = 32 baht


That's all. 
Entri yang lain akan dipos jika ada masa lapang. 
Bye.


You Might Also Like

0 comments

Facebook