Bangkok Haul 2018
3:00:00 PM
Hasil daripada membeli-belah sambil cafe hunting untuk kali ketiga ke Bangkok. Big C Supercenter adalah tempat paling banyak beli barang sebab I LOVE BIG C hahahaha. Malam terakhir beli barang orang kirim dan borong barang dekat Big C. Nasib ruang dalam bagasi limited kalau tak memang beli banyak-banyak habiskan 30kg baggage free tu. Selain itu, Asiatique The Riverfront pun ada beli sikit-sikit barang.
Kali ini tak pergi Chatuchak Weekend Market dan Pratunam Night Market sebab dekat dari hari Isnin sampai Jumaat je (flight Jumaat petang) dan tempat tinggal dekat sana pula jauh dari bandar. Nak gerak pergi mana-mana naik BTS dah la tengah malam dah takde BTS. Kalau sebelum ni duduk dekat Chit Lom dengan Phaya Thai boleh jalan kaki sampai pukul 2 pagi pun takpe.
BIG C tercinta ♥♥♥♥
BIG C SUPERCENTER
1. Kanokwan Green Curry Paste
2. SERDA Thai Instant Noodle Tomyam Flavor - 30~40 baht
3. Cha Tra Mue Green Tea Mix - 72 baht
4. OISHI Green Tea Watermelon
5. Koh-Kae Peanut (Packet & Bottle) *packaging only for in Thailand*
Cha Tra Mue SIAM PARAGON
6. Cha Tra Mue Thai Milk Green Tea Sachet - 130 baht
7. Cha Tra Mue Original Thai Tea Sachet (Black Tea) - 130 baht
7-Eleven
8. MILO Breakfast Cereal Bar - 20 baht/each (Masa beli tu ada diskaun 15 baht, so 3 paket bayar 45 baht je)
Okay yang MILO Breakfast Cereal Bar ni jumpa dekat 7-Evelen masa dah balik dari Big C. 3 paket terakhir jumpa terus ambil semua. Kali ini dah alert sikit sebab tahun lepas masa Koko Krunch Cereal Bar tu baru keluar dekat Thailand sebelum dekat Malaysia ada buat tak tahu je dah la masa tu ada sale lepas tu berkotak-kotak dekat 7-Eleven tu.
ASIATIQUE THE RIVERFRONT
9. Phatuwan Coconut Oil 100% 300ml - 250 baht
10. Eucerin Mist Spray - 22 baht (2nd item only 1 baht) = 23 baht *WATSONS*
Yang Eucerin tu beli sebab Watsons tengah buat sale 2nd item 1 baht only. Kena pakai kad Watsons Thailand punya baru dapat yang barang 1 baht tu. Yang ni sebab tanya sorang perempuan Thai dekat situ apa yang dekat papan tu tulis. Jadi dia terangkan lepas tu kebetulan dia ada kad dan minta pinjam kad dia. Dia kasi jadi bagi duit dekat dia dan dia bayarkan sekali dengan barang dia. Terima kasih sangat masa tu. :)
11. LANEIGE Sleeping Care Good Night Kits (Mini ver.) - 365 baht (Sale) *BEAUTRIUM*
12. Keychain - 100 baht
13. Book Cover Handmade
Gateway Ekkamai
14. Stokin - 100 baht/6 pairs
15. Anting-anting - 29 baht/pair & 50 baht/2 pairs
Anting-anting tu hari ke-2 beli satu je sebab rasa kosong takde aksesori baju lak plain je. Hari ke-4 beli stokin lepas tu beli lagi 2 pasang anting. Rasa menyesal sebab kalau beli 4 pasang terus haritu bayar 100 baht je. T_T
LOFT Siam Discovery
16. Minion Capsule - 150 baht/coin
Oh ada lagi barang tapi tak payah tunjuk la sebab barang rahsia.
See ya.
0 comments