Vietnam Travel Blog: Ho Chi Minh City 2018 - Chill Box Saigon
11:30:00 AMChill Box Saigon, Ho Chi Minh City, Vietnam
Penginapan kali ini di Ho Chi Minh City dekat Chill Box Saigon berbanding sebelum ni pergi dengan keluarga dekat area Ben Thanh. Terletak di Jalan Nguyen Trai dan berhampiran dengan stesen bas Nguyen Trai.
Chill Box Saigon ini kalau tak silap ada dua bangunan. Satu, Chill Box Saigon yang terletak di belakang alley (dekat sini reception dan staff dia duduk) dan satu lagi terletak di depan jalan raya iaitu Chill Suite. Untuk ke Chill Box Saigon yang terletak di belakang nanti ada signboard tergantung di lorong sebelum masuk ke situ. Kalau jalan melalui Iki Sushi Restaurant mungkin akan nampak signboard tu dan kalau lorong lagi satu selepas Circle K.
BTW, bilik yang duduk masa ni tiada view, ada tingkap kecil tapi nampak dinding je la. Tak kisah sangat pun sebab untuk tidur waktu malam je pun, siang satu hari keluar jalan-jalan jadi lagi suka bilik yang simple-simple je.
Untuk info alamat dan harga dia boleh tengok dekat bahagian bawah post ini.
Tandas dia simple je. Tak besar sangat dan tak kecik. Ada shower gel, syampu dan free berus gigi baru (dalam palstik) sesuai untuk sesiapa yang tak bawa berus gigi. Shower dan kepala paip dekat sinki ada cold dan hot water so don't worry.
Barang di dalam kotak : Tisu, Hair dryer, dan extension
Hair dryer. Yang merah (Please, Make Up My Room) tu untuk gantung dekat luar pintu bilik jika hendak bilik dikemaskan.
Extension
Masa check in, staff diorang akan kasi form untuk diisi sekali bayar bayaran bilik. Selepas itu staff tersebut akan bagi kad bisnes (alamat hotel dan peta) dan kertas untuk pergi ke tempat-tempat menarik di Ho Chi Minh City. Masa ni boleh la tanya dekat staff tu nak pergi tempat yang korang nak pergi tu nanti diorang akan tolong terangkan macam mana. Sebab masa trip ni nak pergi Mui Ne, ada tanya dekat staff tu pasal travel agensi dekat area homestay/hostel dekat mana nanti staff tu highlight kan jalan tempat tu.
Tak lupa juga diajar cara nak kunci gril pagar besar dekat depan sebab senang kalau balik lewat malam ke apa nanti boleh buka dan tutup kunci pagar tu macam mana. Yes, hostel dekat dalam bangunan macam rumah, kena buka kasut untuk naik ke tingkat atas. Ada rak kasut dekat luar pintu, kusyen dekat bahagian bawah/lobi, dan meja staff dekat situ. Anything boleh tanya staff dekat situ.
Lagi satu, selepas dah check in masuk bilik nanti staff tu akan tolong angkatkan bagasi naik atas lepas tu akan terangkan semua dalam bilik tu dan YANG PALING PENTING SEKALI kalau nak bilik dikemaskan sepanjang duduk di situ kena gantungkan tag 'PLEASE, MAKE UP MY ROOM' dekat puar pintu bilik, benda tu ada disediakan di bilik. Kalau takde boleh minta dekat staff tu.
Masa nak keluar pun nanti staff tu tolong angkatkan bagasi turun bawah tapi haritu bawa turun sendiri sebab taknak susahkan dia pula lepas tu staff tu nampak dekat tangga bawah dan kata "Kenapa tak bagitahu diorang nak check out, kalau tak boleh tolong angkatkan bagasi turun bawah"
Kertas untuk customer.
Pros :
- Berdekatan stesen bas Nguyen Trai, backpackers street, dan travel agency
- Boleh minta dekat reception iron baju
- Staff dia peramah, baik dan membantu customer
- Berdekatan dengan Circle K (convenience store)
Cons:
- Jauh sikit dari Ben Thanh/bandar (1.4 km)
- Terletak di belakang alley, jadi susah sedikit untuk orang yang first time sebab kadang-kadang tak jumpa
- Dekat alley tu ada tikus
Information:
Address : 212A/A61 Nguyen Trai street, Nguyen Cu Trinh ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam, 70000
Landmark : Iki Sushi Restaurant/Chill Suites
Room : Standard Queen Bedroom, Private Bathroom (1 queen bed, no view)
Price : 2,060,000 VND/4 nights (+ Service charge 5%, Tax 10%)
*PAY AT hostel/homestay
* ONLY ACCEPTS CASH PAYMENT
Facebook | https://www.facebook.com/chillboxsg
Instagram | https://www.instagram.com/chillboxsaigon17/
Book from Agoda.com : Chill Box Saigon, Ho Chi Minh City, Vietnam
0 comments