Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 1 : Nami Island (남이섬))
8:30:00 PMDay 3 (29 April 2014, Khamis)
Hari ketiga ke Nami Island. Rancangan mula-mula hendak pergi Lotte World tapi disebabkan Lotte World lagi dekat dengan guesthouse kedua kitorang 'Go Korea Guesthouse', Dongdaemun jadi pergi Nami island dulu. Tengok ramalan cuaca dekat Nami Island akan hujan
Peristiwa yang lawak di pagi hari ialah kitorang sahaja yang bawa payung. Keluar dari hostel je terang benderang cahaya matahari dan orang Korea yang nak pergi kerja semua berlenggang je tak bawa payung. Hahaha. Sesampai di subway sahaja tren betul2 dah terlepas tapi beberapa minit kemudian (rasanya tak sampai 3-4 minit pun) tak sempat nak duduk tren kemudiannya dah sampai.
Masa dekat station Wangsimni pertukaran ke Jungang Line hendak pergi ke Mangu, nampak orang ramai berduyun-duyun turun dari train nak pergi kerja. Jauh juga diorang tinggal nak pergi kerja. Train ni lambat sedikit daripada train bawah tanah. Pada hari itu juga ramai warga tua berpakaian serba lengkap macam nak pergi panjat bukit tunggu tren dekat situ. Dari Wangsimni ke Sangbong/Mangu (lupa) mengambil masa 13 minutes sahaja sejauh 5 stesen sebab jauh. Nasib dapat tempat duduk dalam tren tu bolehlah lelapkan mata sekejap.
Ini rasanya ialah Mangu Station takpun Sangbong Station (sebab masa ni tersalah naik train), Kyeongchun Line.
Stay tuned for Day 3 Part 2!
0 comments