Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 1 : Nami Island (남이섬))

8:30:00 PM Nurul Farhana Rosli 0 Comments

Day 3 (29 April 2014, Khamis)

Hari ketiga ke Nami Island. Rancangan mula-mula hendak pergi Lotte World tapi disebabkan Lotte World lagi dekat dengan guesthouse kedua kitorang 'Go Korea Guesthouse', Dongdaemun jadi pergi Nami island dulu. Tengok ramalan cuaca dekat Nami Island akan hujan

Peristiwa yang lawak di pagi hari ialah kitorang sahaja yang bawa payung. Keluar dari hostel je terang benderang cahaya matahari dan orang Korea yang nak pergi kerja semua berlenggang je tak bawa payung. Hahaha. Sesampai di subway sahaja tren betul2 dah terlepas tapi beberapa minit kemudian (rasanya tak sampai 3-4 minit pun) tak sempat nak duduk tren kemudiannya dah sampai.

Masa dekat station Wangsimni pertukaran ke Jungang Line hendak pergi ke Mangu, nampak orang ramai berduyun-duyun turun dari train nak pergi kerja. Jauh juga diorang tinggal nak pergi kerja. Train ni lambat sedikit daripada train bawah tanah. Pada hari itu juga ramai warga tua berpakaian serba lengkap macam nak pergi panjat bukit tunggu tren dekat situ. Dari Wangsimni ke Sangbong/Mangu (lupa) mengambil masa 13 minutes sahaja sejauh 5 stesen sebab jauh. Nasib dapat tempat duduk dalam tren tu bolehlah lelapkan mata sekejap.

Ini rasanya ialah Mangu Station takpun Sangbong Station (sebab masa ni tersalah naik train), Kyeongchun Line.
Yeah ada mesin air kopi dan air chocolate.

Sesampai sahaja tren ingatkan takde orang tetapi tempat duduk penuh dengan warga tua diorang nak pergi Gapyeong Station untuk mendaki bukit. Jadi terpaksa la berdiri, seriously penuh gerabak dengan diorang. Whoa tua-tua pun still aktif, tabik spring la. Perjalanan ke Gapyeong mengambil masa lebih kurang 50 minit, 13 stesen. Berdiri je la selama 50 minit dalam tren tu.



Akhirnya sudah sampai Gapyeong Station. Masa nak keluar dari station tersebut nak cari teksi ada sorang pakcik Korea ni tegur tanya kitorang dari Malaysia ke. Pakcik tu pernah duduk Indonesia beberapa tahun, fasih cakap bahasa Melayu baku (Indonesia) lagi. Berborak la sekejap dengan pakcik tu. 

Tangkap gambar sekejap dekat seberang jalan dari stesen tersebut.

Mendung.

Menaiki teksi ke stesen feri ke Nami Island. Sekali naik dicharge 3,000 Won dan sampai dekat sana semuanya 3,300 Won satu teksi.

I'm here Nami Island.


 Pose yang semestinya ada.
Thanks to Hanis (Photographer that day)

Steamed Red Bean Bun.
Tak sempat nak cuba masa balik tu sebab kena tunggu 10 minit.

 Tupai.

Masa ni hujan renyai-renyai dah mula turun nasib baik bawa payung. Beg sandang Hanis la jadi mangsa letak dua payung dekat belakang. Aktiviti nak berbasikal terpaksa ditangguh sampai hujan berhenti dan sementara itu minum kopi di BooXAFE. 

Nami Library.
Di dalam Nami Library ni ada BooXAFE dan Prayer Room di tingkat dua.

Semenjak berada dekat Korea kerja singgah Coffe Shop diorang je memanjang.
Ada wifi free lagi. Online time!


Seriously masa tiga hari di Korea kulit muka kering giler walaupun dah pakai moisturizer Nivea pun tetap tak berkesan. Masa ni dah nekad nak pi beli Aloe Vera Soothing Gel 95% dekat The Saem sebab itu je yang terfikir masa tu. Jangan pelik jika ada lelaki Korea yang pakai lotion muka, lipbalm dan pelembap dekat muka diorang sebab dekat sini angin dia sejuk tapi kering. Dekat Malaysia kulit muka kombinasi berminyak dan kering, dekat Korea hambik yang kering bertambah kering yang berminyak pun jadi kering. Losyen dan lipbalm pula sentiasa ada dalam beg sebab dah la kulit kering bibir kering bertambah kering semua.


Hujan dah berhenti mari beraktiviti.

Aktiviti Pertama : Sky Bicycle 


Secara jujurnya saya seorang yang gayat. Masa tengah kayuh tu duduk berkepit dengan Hanis sambil cakap "Argh gayatnya. Takutnya." Hahaha. Ada keretapi lalu kat bawah siap lambai-lambai dengan orang dalam tu. Rasa nak pengsan. -.-'

Aktiviti Kedua : Berbasikal
"Alamak saya tersekat dekat pokok la"


Sebelum balik tunggu diorang solat dulu dekat surau di tingkat dua dalam Nami Library. 
Interior view inside of Nami Library.

Tiang belah kiri tu disusun menggunakan buku.


Kedai cenderahati.

 Akhirnya ada pun gambar bersama keseluruhannya.

Oh mak angin dia kuat giler.

Selamat tinggal Nami Island! 

Untuk ke Nami Island boleh naik dua benda untuk ke sana, satu ialah Bot dan kedua ialah Flying Fox laju terus ke Nami Island. Flying Fox tu lagi mahal daripada bot. 

Sesampai je dekat perhentian bot yang mula-mula naik tu terus menuju ke convenient store sebab rasa dahaga. Dalam convenient store dia pun ada jual cenderahati juga daripada Naminara Republic. Dapat la beli satu helai T-shirt Naminara Republic dengan.....

Melon Uyu!


Naik teksi ke Gapyeong Station dan menuju ke Itaewon untuk makan malam. 

Please let me stay here. Please~~~

Stay tuned for Day 3 Part 2!

0 comments: