Bangkok, Thailand 2015 - Where I Stay

10:00:00 AM

Dua minggu ke seminggu dari tarikh flight ke Bangkok barulah sibuk cari tempat tinggal.

Search tempat untuk tinggal dekat dengan Thunder Dome, Muang Thong Thani sebab nanti senang nak pergi balik ke sana dengan rumah. Search dekat Booking.com terjumpa Poppular Place itu yang paling dekat nak jalan kaki, tapi dah full. Sebab tak pernah lagi sampai sana jadi tak tahu keadaan kawasan situ macam mana sebab tu nak yang paling dekat.

Lepas tu try search dekat Airbnb, yes dah jumpa tapi rumah dia dekat Blok C3. Tengok map dalam tu macam jauh giler nak kena jalan. Mesej tanya owner dia berapa jauh nak pergi Thunder Dome semua dan hold dulu sebab nak juga yang Poppular Place tu sebab dekat, Dah la tempat tinggal benda terakhir tak selesai lagi.

Last sekali search dekat AirAsiaGo.com, ada dan tinggal lagi 2 je untuk dua orang punya. Lagi seminggu ke dua minggu ntah baru selesai tempat tinggal,


Map dekat atas ni ada dekat tingkat bawah berdekatan lif setiap blok rumah ni. Malam sampai tu tak sempat nak teliti map tu sebab tahu nak cepat-cepat masuk dalam rumah, penat nak rehat. Esok pagi keluar nak keluar pergi bandar Bangkok baru teliti balik map ni, tangkap gambar siap-siap sebab nak tahu jalan pergi Thunder Dome dan apa yang ada dekat sana. Macam-macam ada.

Rumah yang duduk ni dekat Blok T8, blok paling hujung sebelah kiri sekali dan jalan yang teksi akan lalu lalang nak pergi ke airport dan nak keluar dari kawasan situ. Blok C3 selang 3 blok je daripada T8 tapi C3 bahagian depan. Actually tak jauh mana pun beza tapi T8 lagi dekat la dan ada jalan lalu lalang kenderaan jadi tak sunyi sangat.

Bahagian bawah rumah ni dekat bahagian luar ada kedai-kedai makan dan runcit. Ada anjing besar-besar kat bawah tu tapi buat tak tahu je dengan anjing tu.

Poppular Place, Condo Building, Muang Thong Thani (Block T8)

Sesampai airport DMK tu keluar cari kaunter TrueMoveH untuk beli simkad dia untuk internet dan telefon tuan rumah. SIM card TrueMove H 3G packages - 299 Baht untuk 7 hari jenis prepaid sekali internet. Telefon tuan rumah, nama dia Kim bagitahu dah sampai airport, ambil teksi dan telefon lagi sebab tuan rumah nak confirmkan tempat dengan pemandu teksi tu.

Tips : Untuk senang, tunjukkan alamat tempat tinggal dekat pemandu teksi, kalau pemandu teksi tu tak pasti sangat telefon tuan rumah bagi tuan rumah terangkan.

Dah sampai tu, pakcik teksi turunkan dekat bahagian belakang Blok T8 tu berhadapan sekolah rasanya dah ler malam sebab kena jalan pusing sampai pintu dekat depan. Telefon lagi sekali, tuan rumah datang ambil dekat tempat pakcik teksi tu turunkan.

Inilah pintu depan T8, duduk dekat belah D.
Betul-betul sebelah pintu masuk ada mesin ATM.

Nak masuk blok ni kena scan kad yang ada bersama kunci rumah tu dekat pintu utama, dah scan baru boleh masuk. Naik lif dan lif dia unik sebab tingkat bernombor ganjil je ada lif, Rumah dekat tingkat 8, turun dekat tingkat 9 lepas tu kena turun tangga setingkat. Rumah ala-ala rumah pangsa kena lalu lorong nasib baik rumah kedua lepas masuk lorong tu.

Ini lah lif diorang. 
Bangunan nampak macam lama tapi lif dia okay dan lawa. Tak nazak pun.

Selepas tuan rumah dah tunjuk dan terangkan semua, tanya pasal iron baju dengan hair dryer lepas tu tuan rumah kata esok pagi dia kasi. Tanya lagi ada 7-E ataupun mart tak, Kim tunjuk lagi dekat mana dan tunjuk sekali Thunder Dome tu dekat mana. Okay, dekat rupanya nak pergi mart. Bawah tu je jalan kaki sikit. Tuan rumah, Kim ni perempuan. Esok paginya, suami dia datang hantar iron baju, hair dryer dengan extension sekali. Kena bayar cash deposit 500 baht tapi time tu ada 400 baht je, duit lain semua duit besar takde duit pecah dan tuan rumah pun tak bawa duit. Nasib baik tuan rumah kata takpe bayar 400 baht je.

Keadaan rumah

Pintu dia boleh buka dua, kecil je dan rendah sebab siling rumah ni rendah. Ada grill sekali manga untuk keselamatan. Masuk rumah je toilet dia dekat sebelah kanan. Shower, toilet, air paip, sinki, cermin, sabun, tempat letak tuala, tong sampah dalam toilet. Hahahahahaha yang kelakarnya, toilet dengan siki dia rendah. Masa nak cuci muka dekat sinki kepala terlanggar-langgar dekat rak bawah cermin tu.


Keluar bilik air ada almari dua pintu siap cermin, dalam tu ada dua helai tuala, hanger, extra selimut dan extra dua bantal. Perfect tapi sepanjang kat situ tak terpikir pula nak guna tuala tu sebab ada bawa tuala sendiri dan satu tuala yang diberi buat jadi lap kaki lepas keluar dari bilik air. Bagasi dengan bag boleh la simpan dalam almari.


Bahagian dapur ada kabinet, sinki, sabun, pemanas air, pinggan sudu cawan, bakul sampah, peti sejuk, dan tisu tapi takde tempat masak. Lepas tu ada kerusi panjang dengan meja kecil. 


Yang penting katil dan ada aircond!!!!!! Kebanyakkan rumah dekat Condo Building ni pakai aircond. Wowww!!! Kipas siling tiada. Meja solek pun ada, TV pun ada tapi siaran dia semua dalam bahasa Thai la. Hahahahahahahaha. Kalau tak silap, siaran cerita English dia je bukan bahasa Thai kalau tak silap sebab pasang siaran tu je malam tu. Konon konon tak nak bagi sunyi.

Aircond = Heaven.

Keadaan di luar tingkap rumah. Sebelah kanan bahagian bawah bagunan tu tempat makan macam foodcourt diorang. Situ ada Tesco lotus, 7E, Watson dan macam-macam. Boleh lah rujuk dekat map dekat bahagian atas tu.


Dekat luar bilik air pun ada lampu jadi malam-malam pasang lampu tu je sebab suis lampu jauh dari katil dan dekat luar bilik air. Senang nak pergi toilet takde lah gelap gelita sangat sambil meraba nak cari suis. Ada dua suis, satu belakang peti ais dengan suis dekat kabinet TV.


Waktu siang nanti tuan rumah ada datang kemaskan rumah dan buangkan sampah. Hari kedua tu awal-awal pagi dah keluar pergi Bangkok, petang tu singgah rumah letak barang sebelum pergi konsert tengok katil dengan baju-baju atas katil dah terkemas.

Bahagian tengah daripada tempat menunggu lif.

Bangunan T9.
Jalan nak ke depan, tempat tunggu bas, teksi, van kecil, Popular Walk dan ke IMPACT Exhibition Center.

Lalu jalan tu nanti sampai nampak simpang, sebalah kanan jalan tu ada Big C Mart, sebelah kiri Popular Walk, bahagian depan food center, flea market, dan outlet-outlet. Anjing? Anjing ada je. Besar-besar. Tak kacau orang pun, buat relaks tak tahu je dekat dia.

Malam selepas balik konsert tu singgah Big C Mart, lepas tu duduk melepak dekat kerusi Popular Walk. Tengah-tengah makan tu anjing besar lalu dekat depan, buat tak tahu je dekat dia. Sudah habis makan tu nak pergi buang sampah dalam tong sampah, nampak anjing tu tengah duduk baring betul-betul dekat belakang kerusi. Ingatkan awal-awal dia lalu tu dah blah ke tempat lain, tak sangka dia pergi landing dekat situ.



Information :                                                                                                                          
Place - Poppular Palace Don Mueang Bangkok, Pak Kret
Address - T8 Bldg @ Impact Areena Muangthongthani, Pak Kret, 11120 Thailand
Room - Standard (for 2 person)
Price - RM 70.03/per night + RM24.80 (Taxes & Fees) = RM 164.86 (2 nights)
*booking dekat AirAsiaGo, masa ada sale.
Cash deposit - THB 500 per stay (nanti dipulangkan kembali masa check out)


Bye.

You Might Also Like

0 comments

Facebook