151024 Day 2 - Bangkok, Thailand (Part 2)

10:00:00 AM

Continue from..

Alert : Too many pictures in this post.


Hari kedua kitorang nak pergi bandar Bangkok, naik bas biasa dari Don Mueang ke Victory Monument, 30++ km macam tu sebab bas berhenti-henti dengan harga 18Baht seorang. Sesudah sampai Victory Monument turun bas ambil BTS (LRT kalau dekat Malaysia) pula ke stesen Siam, harga seorang sudah lupa. Naik ikut Sukhumvit Line (Green Lane) dari Victory Monument ke Siam.

BTS SkyTrain Route Map


Disekeliling stesen BTS Siam ada banyak shopping mall seperti Siam Paragon, Siam Centre, Central World Plaza, MBK Centre, The Platinum Fashion Mall,Pantip Plaza IT dll. Ada yang betul-betul sebelah stesen BTS dan ada yang kena jalan kaki kalau nak pergi.



Then, kitorang jalan kaki ke MBK Centre untuk makan tengah hari kat sana. Lalu jalan seberang (hadapan) dari Siam Centre. Terjumpa Watson besar jalan ke depan sikit jumpa lagi Watson.

Watson kedua.
Depan tu bangunan MBK Centre.

Berpeluh jugalah jalan kaki, panas dia kemain membahang. Jalan dalam 5 minit dah sampai MBK Centre. Masuk dalam bangunan baru rasa lega dapat aircond.


Yana Restaurant Halal Food, MBK Centre

Memula tak tahu nak makan apa, ingat nak beli roti je (acah-acah macam boleh tahan kalau tak makan nasi). Lepas tu adik cakap makan nasi la, nanti lama lagi nak makan pukul 10 malam lak tu. Kena ada tenaga. Okaylah, lepas tu gigih tanya Encik Google tu yang jalan kaki ke sana tu.

Nasi + Tomyam Campur + Telur Dadar + Air Mineral sekali Ais Batu
(for 2 pax)
Harga = Tak ingat

Makan sepuas-puasnya isi perut sepenuhnya sampai mana yang mampu. Selepas makan terus bergegas balik Don Mueang sebab nak singgah rumah dulu lepas tu nak keluar balik. Again jalan kaki balik ke stesen Siam.

Wayar yang banyak. 
Dekat Vietnam pun wayar macam ni juga tapi lagi banyak daripada yang ini.

 Kedai Innisfree bersebelahan stesen BTS Siam.


Selamat tinggal bandar Bangkok nanti saya datang lagi. 

Continue...

You Might Also Like

0 comments

Facebook