Trip To South Korea (대한민국) - Day 1 ( Part 1 : Trick Eye Museum & Ice Museum, Hongdae)

10:00:00 AM Nurul Farhana Rosli 0 Comments


Day 1 (27 April 2014, Sunday)


Berlepas daripada LCCT (Low Cost Carrier Terminal), Sepang pada pukul 1.00 pagi menaiki Air Asia X D70506. Pukul 5 pagi lampu dah buka masa untuk makan. 

Deli Chicken Sandwich w/ tea.
(tak berapa sedap, roti dia tebal)

Muka pagi untuk makan.

HELLO KOREA (대한민국)

Incheon International Airport

Pada pukul 7:30 KST bersamaan pukul 6:30 waktu Malaysia, mendarat di Incheon International Airport, Seoul, Korea. 

 Suhu 11-15 darjah celcius rasanya dekat TV tu, dan hujan.

Tunggu train nak pergi ke main building.



Berhadapan pintu keluar bahagian arrival ada kaunter untuk rent handphone semasa berada di Korea. Masa ni tak jadi rent lepas tu beberapa hari kemudian rasa menyesal sebab tak rent handphone.

Disebabkan guesthouse kitorang dekat Hongdae berdekatan Hongik Univ Station, Line 2 dan barang pun banyak, kitorang naik teksi ke sana.

Harga tambang - 60,000 KRW satu teksi

Hostel KW Pencil (Pencil Hostel Hongdae 2)


Akhirnya sampai pun ke Pencil Hostel. Disebabkan waktu check-in belum lagi, kitorang tinggalkan bagasi dan keluar pergi jalan-jalan di Hongdae Street.


Trick Eye Museum & Ice Museum in Hongdae, Seoul

Trick Eye Museum & Ice Museum ini terletak di basement. Jadi anda kena menggunakan lif turun ke bawah. Nanti ada signboard dia dekat depan bangunan.

Harga tiket masuk - 15,000 KRW



Ice Museum ni tersangatlah sejuk. Nampak je dalam gambar relaks je padahal tangan dengan kaki dah mula membeku. -1 darjah celcius ke bawah suhu dalam tu. 

Stay tuned for Day 1 Part 2!

0 comments: