Saturday, May 24, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 (Part 3 : SM TOWN Pop Up Store)

From Day 2 (Part 2)

Hello,

What? Part 3?
Terlupa ada pergi SM TOWN Pop Store juga.

Sebenarnya, petang tu kitorang pergi Myeongdong ingat nak terus jalan-jalan sampai malam. Tapi tak jadi sebab nak balik guesthouse dulu selepas solat maghrib terus keluar naik subway. Cadangan nak pergi SM TOWN POP UP STORE dulu sebab takut dah tutup.

STAR AVENUE, LOTTE DEPARTMENT STORE, MYEONGDONG

Dekat sini adalah gambar-gambar artis mungkin model untuk department store tersebut. Lepas tu ada tempat tapak tangan artis-artis ataupun idol Korea. Sesiapa nak konon-konon pegang tapak tangan artis simpan buat kenangan bolehlah datang sini.



SM TOWN POP UP STORE, YOUNG PLAZA, MYEONGDONG

Punyalah pusing Lotte Department Store tu ingat dekat dalam tu, dah la pintu dah tutup semua orang dah keluar. Tanyalah dekat sorang staff dekat Star Avenue mana SM TOWN Pop Up Store. Rupa-rupanya dekat je dengan exit subway tapi kitorang buat tawaf dekat Lotte Department Store tu.


SM TOWN Pop Up Store yang terbesar ni terletak di basement a.k.a underground. Saya bukan die-hard fan EXO tapi minat la juga. Sebab saya lebih kepada INFINITE (인피니트). Woolim Entertainment pula dah merge dengan SM C&C. Yang diorang pergi cari barang EXO, saya cari barang INFINITE. Terjumpalah album INFINITE tapi ragu-ragu nak beli ke tak. Akhirnya tak beli dah sampai Malaysia rasa menyesal tak beli. Padan muka.

 Akhirnya saya dah jumpa Mr. Park Chan Yeol. 

Masa pusing-pusing dekat ground floor, terjumpa kedai kecil kosmetik jenama Too Cool To School. Rasa terujalah sebab dekat kedai-kedai luar tak jumpa kedai dia ke sebab tak perasan kedai tu. Dapatlah beli Crayon Lipstick dengan harga 11,000 KRW (RM 35.20). Murah daripada Malaysia jadi tak rugi.

Jumpa booth Vans. Heol~ Kalau bawa duit lebih dah lama angkat satu kasut dekat situ. Apakan daya duit untuk shopping cukup-cukup. Takpe nanti pergi lagi. Kedai jual barangan LINE pun ada. Kedai Stylenanda tak jumpa pula, ramai sangat orang tak kuasa nak meronda lagi.

MYEONGDONG DI MALAM HARI

Di sini juga ada butik Forever 21, H&M, UNIQLO dan lain-lain lagi yang besar. Yang paling penting DAISO dia yang best, dalam dia besar rambang mata tengok barang rasa nak borong semuanya. Terdapatlah beberapa barang yang diborong di DAISO tanpa rasa rugi. Shopping lagi dekat Etude House, memang bershopping je cerita dia.


Dahla hujan renyai-renyai sejuk pula tu, kalau dapat makan makanan pedas pun sedap juga. Kitorang beli tteokbokki dan fish cake dekat imo dan ahjussi ini. Rasanya berdekatan Nature Republic berdekatan UNIQLO.

 Tteokbokki yang jjang!

Sebelum ni pernah cerita yang orang Korea ni kalau jalan laju giler dan tak penat walaupun pakai kasut tinggi, apatah lagi nenek dan atuk yang dah berumur. Kalau setakat dari level B2 ke B1 jangan haraplah ada eskalator semuanya menggunakan tangga. Nenek yang dah tua tu pun gagah perkasa larat naik tangga.

Ini pula laluan untuk interchange dari Line sekian-sekian ke Line sekian-sekian. Ada yang jauh, ada yang dekat. Kalau macam ni sebab ada sambung dengan Line dari airport kalau tak silap sebab tu ada eskalator mendatar macam tu.

Tak larat jalan dah.
Tengok orang depan tu, still jalan lagi.

Ini tinggi macam tiga ke empat tingkat baru ada eskalator.
Akhirnya boleh duduk sebab takde orang dah, nak pukul 10 ke 11 malam.

Kalau naik eskelator, sila berdiri disebelah kanan jika tak mahu jalan dan bagi laluan disebelah kiri untuk orang lalu. Kecuali kalau hendak diri itu ditolak dahla diorang jalan laju giler.

Stay tuned for more ♥

No comments:

Post a Comment