151023 Day 1 - Bangkok, Thailand

10:00:00 AM

23 October 2015 (Friday)

Hari yang ditunggu-tunggu untuk berlepas ke Bangkok, Thailand. Petang tu gerak ke KLIA 2 dari Melaka dan adik dari Shah Alam terus.

With my younger sister.

Maka bermulalah 3D2N oppss mungkin 2D2N di Bangkok sebab flight pukul 5:10 petang, naik Malindo Air. Dapat free baggage 20kg setiap sorang tapi bawa luggage kecik je kurang 10kg. Because too lazy to seret-seret bagasi.


Sambil tunggu makanan, sambil layan movie. Adik dengan movie LEGO dia. Saya pula layan 'My Old Classmate (同桌的妳)', 2014 Chinese drama-romance film. Cute sweet dan kelakar cerita. So yeah layan cerita Cina. 


Finally makanan sampai, giler tak kebulur tunggu makanan. Nasi lemak with chicken rendang dia sedap dan pedas. Makan masa nasi tengah panas dan sambal yang pedas, nikmatnya.

Kerja adik di saat dia kebosanan. Orang tengah syok tengok movie, dia bagitahu berapa lama lagi nak sampai.


Don Mueang International Airport (DMK), Thailand


Ini bukan dah malam tapi baru pukul 6.40 petang dekat Bangkok, Thailand. Masa dekat atas udara lagi pukul 6 (waktu Malaysia) a.k.a pukul 5 (waktu Thailand) langit makin gelap makin gelap, last-last dah macam pukul 10 malam waktu Malaysia. Betapa tersusunnya lampu jalan dekat kawasan perumahan diorang, so teratur. Lampu jalan raya warna oren dan lampu dekat kawasan perumahan warna putih. 


Alhamdulillah pukul 7 lebih waktu Thailand, akhirnya mendarat di tanah Bangkok, Thailand. Ni first time pergi jauh-jauh melebihi 1000km berdua dengan adik. Lepas ni boleh la pergi lagi. Masa beratur dekat kastam diorang pergi beratur lane international, apabila nak dekat dengan kaunter dia ternampak lane Asean sikit je. Kalau tak dah lepas dan tak payah tunggu lama-lama dengan penat nak cepat ambil teksi pergi ke rumah. Nanti ada pekerja kastam rasanya datang check kad immigration, kalau tak lengkap nanti dia suruh lengkapkan sebelum sampai kaunter.

Keluar daripada pintu arrival selepas ambil bagasi semua, terus menuju ke kaunter TrueMove H untuk beli simkad sana sebab nak call tuan rumah tu nak bagitahu dah sampai airport. Beli prepaid SIM card TrueMove H 3G packages - 299 Baht untuk 7 hari (mobile data, prepaid untuk calling2 orang). Bagi je handphone dekat orang yang jaga kaunter beserta passport. Nanti diorang setting kan semua, bayar jumlah package yang kita ambil dan tunggu beberapa minit untuk guna.

TrueMove H - Package 299 Baht 

Sudah selesai dengan prepaid sim semua, terus cari teksi untuk pergi ke Condo Building dekat Muang Thong Thani. Disebabkan tak tahu cakap bahasa Thailand, tunjuk je alamat dekat uncle teksi tu. Bagitahu nombor building tu 'T eight' dia cakap 'T Pet?' dah biul apa pula la 'tipet' dia cakap ni siap tanya adik apa uncle ni cakap, Last-last call tuan rumah tu bagi cakap dekat uncle tu, selesai. Berborak-borak dengan uncle tu guna basic English dengan slang Thailand uncle tu. 

Uncle : "Where are you from?"
Me : "Malaysia"
Uncle : "And you, where are you from?"
Me : "Malaysia"
Uncle : "You also from Malaysia but you look like Chinese from China"
Me : "No lah, from Malaysia and she's my younger sister"
Uncle : "Owh, but you two look different."

Dah lama sikit tu baru sedar, memula uncle tu tanya dekat adik baru dia tanya dekat saya. Yang adik diam je. Sambung borak2 dengan uncle, uncle tu tanya datang Bangkok bercuti ke apa, first time ke, lepas tu dia recommend esok pergi Chatuchak Market sebab buka time weekend. Macam2 tempat lagi dia cakap tapi dah tak ingat. Uncle tu hantar sampailah depan pintu bangunan T8. 

Telefon tuan rumah, Kim cakap dah sampai dekat bawah. Dia datang jemput lagi dekat tempat kitorang turun tadi. Dah la gelap memang tak nampak la nombor bangunan sebelah apa, depan mata ni bangunan apa. Kim bawa kitorang naik rumah dan sistem lif dia pelik. Dah la tengah blank blank. Hahahahaha. Rumah dia not bad, okay. Boleh baca di sini.  

Sampai rumah baru pukul 9 lebih, ajak adik keluar cari 7-Eleven tak pun mini mart punyalah malas. Dah la tengah lapar jalan sana sini. Dikatanya dah gelap ni, malas la keluar. Nasib la nasi lemak lagi separuh tak habis makan tadi. Kongsi makan dengan biskut gula adik bawa. 


Nota kaki :

Dengan bantuan bookmark dekat Google sebelum tidur, belek balik page Thai language terjumpa sebutan nombor dalam bahasa Thai. Nombor 8 dalam bahasa Thai ialah 'paet'. Tadi uncle tu cakap 'T pet T pet' tu rupanya nombor bangunan 'T8' rupanya.

Continue...

You Might Also Like

0 comments

Facebook